• Teka-teki teka- teko...

    Aku nk kngsi sikit teka-teki via copy and paste dri blog kwn aku..haha..ni je la yg blh aku skodng2 kt blog diaorng..bt hiburan kita semua..semua ni xda kene mngena dengan yg hdp dn yg mti..hnya rekaan semata-ta..geeee..
    Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
    - Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.

    Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
    - Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.

    Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
    - Waktu untuk baiki jam.

    Apa beza disini dan disana?
    - Huruf 'i' dan 'a'.

    Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
    - Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)


    Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
    - Kerusi dan meja.

    Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
    - Batu akan basah.

    Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
    - Anak kucing.

    Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
    - Papan hitam.

    Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
    - Sama berat. 


    Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
    - Bayang-bayang.

    Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest?
    - Gunung Everest.

    Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
    - Peta.

    Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
    - Monyet jadi ramai.

    Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
    - gunung meletus, tali putus, orang mampus.  



    Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
    - Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.

    Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
    - Kerana dia memandu waktu tengahari.

    Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
    - Kerani.

    Ali bin Abu, lembu bin apa?
    - lembu binATANG.

    Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
    - Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR. 


    Ular apa yang paling panjang?
    - Ulasan.

    Jauh di mata, dekat di hati?
    - Usus.

    Men apa yang berada kat atas?
    - Mentol.

    Gula apa yang tak manis?
    - Sugar daddy.

    Pemain sukan yang pentingkan masa?
    - Felipe Massa.  

0 comments:

Post a Comment