• I GOT TO DO SOMETHING.




    Hari ini merupakan hari penentuan,
    Penentuan jalan yang akan ku pilih,
    Pilihan yang tepat dan bijak harus dilakukan,
    Namun adakah pilihan yang dibuat ini adalah yang terbaik,
    Aku tahu untuk melakukan perkara yang terbaik adalah terlalu sukar jika tersalah langkah memilih keputusan.
    Oleh itu, daripada sejuta jalan yang ada, hanya satu jalan yang merupakan yang terbaik.
    Untuk melangkah ke jalan yang terbaik, perkataan "mencuba" merupakan kata kuncinya,
    Kerana selagi kita tidak mencuba, kita tidak akan berjaya mengapai impian yang kita impikan.
    Aku mengimpikan sebuah cerita hidup yang indah,
    Penuh warna warni,
    Kehidupan yang dulu mendung,
    Akanku sinarkan dengan segala pancaran yang ada,
    Akanku tambah ilmu didada,
    Untuk bekalan masa depan yang penuh misteri,
    Kenangan masa lalu belum mencukupi,
    Jadi, esok, lusa, tulat akan ku lalui dengan penuh bermakna supaya ia menjadi kenangan yang cukup indah untuk diingati bagaikan lagu cinta yang merdu.


    Hari ini mulakan hidup yang baru,
    Aku mampu mengubahnya,
    Aku mampu laluinya dengan penuh bersemangat,
    Aku mampu melakar pengalaman yang indah dan penuh bererti untuk diingati,
    Tinggal kini, hanya perlu memcari jalan yang paling tepat,
    Dan untuk mengembara mencari jalan itu,
    Aku tidak akan sama sekali berasa takut untuk mencuba banyak jalan,
    Kerana aku tahu semalam hilang begitu sahaja dan esok tidak pernah tiba....


    Hari ini aku percaya aku mampu laluinya,
    Kerana Dia selalu bersamaku,
    Walau dimana aku berada,
    Disaat aku memerlukannya, begitu juga bila aku tidak memerlukanya,
    Dia tetap setia menemani ku tanpa pernah berputus asa,
    Kerana dia percaya aku pasti dapat melakukannya,
    Dan kini aku mengerti,
    Dia sangat mempercayaiku dan aku juga sangat percaya akan kewujudannya.....



    Hari ini,
    Kepada sang angin aku perlukan pertolonganmu,
     Sampaikan kepada dunia aku mampu melakukannya,
    Kepada sang hujan aku butuhkanmu, 
    Curahkan airmu menyirami segala kelayuan yang ada didunia ini,
    Kepada sang matahari aku merayu,
     Pancarkan cahayamu menyinari segala kegelapan didunia ini.
    Kepada sang tanah budimu sangat besar dan segala yang ada di bumi ini tidak dapat membalas budimu,
     Hanya yang akan kupinta sekali lagi kepadamu, bagiku masa kerana tugasku belum selesai, masih banyak perkara yang inginku berikan dan aku lakukan di dunia ini.
    Harap kalian mengerti dengan segala permintaan ku ini.


                                                        Pegertian itu amat aku butuhkan,
    Kerana tanpa kalian aku pasti kecundang,
    Oleh itu, peluang yang ada ini akan ku guna sebaik-baiknya.
    Aku mampu melakunya.
    Percaya la...
    May God Bless Us..And I know He Do..
    Thank God.
    Live well. Sing out, sing loud, and sing often. And God bless the child that's got a song.
    Nanci Griffith 

0 comments:

Post a Comment